Ada satu cerita, tentang seorang pemuda yang meninggal dunia. Beberapa hari kemudin, ayahnya bermimpi di suatu malam bahwa lelaki tadi berada di dalam neraka dan sedang diseksa. Di malam berikutnya ayahnya bermimpi lagi, bahwa lelaki tadi sudah berada di dalam syurga. Ayahnya hairan dan kemudian bertanya,
ayah : nak,, malam sebelumnya aku melihatmu di dalam neraka dan sedang dalam siksaan, tetapi kini bagaimana kamu boleh berada di syurga. Apa yg menyebabkan kamu masuk syurga ?
Anak : ayah, semalam ada seorang lelaki menziarah kubur kami, dia membacakan surah Al-ikhlas sebanyak 3 x. dan dia sedekahkan pahalanya kepada kami. Lalu di bahagikan (oleh Allah) kepada kami (ahli-ahli kubur ). Maka inilah bahagian ku, hingga aku di keluarkan dari neraka dan di masukkan kedalam syurga.
Sahabat, begitu besar pahala membaca surat Al-ikhlas.
Nabi Muhammad saw juga bersabda mengenai pahala membaca surat Al-ikhlas yang ertinya :
¤ Barang siapa yang membaca surat Al-ikhlas sebanyak satu kali, maka pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Qur'an.
¤ Dan barangsiapa yang membaca surat Al-ikhlas sebanyak dua kali, maka pahalanya seperti membaca dua pertiga Al-Qur'an.
¤ Dan barang siapa yg membaca surat Al-ikhlas sebanyak tiga kali, maka pahalanya seperti membaca seluruh Al-Qur'an.
¤ Dan barang siapa yg membaca surat al-ikhlas sebanyak sepuluh kali, maka Allah swt. Akan membina rumah untuknya di surga dari intan yaqut merah.
Dalam Hadis lain Nabi saw juga menyebut pahala membaca surat al-ikhlas :
Barang siapa yang membaca surat Al-ikhlas dalam sholat fardu, maka Allah swt akan mencatat 3 kebaikan:
1. Mengampuni dosa kedua orang tuanya
2. Menghapus nama yang membacanya dari daftar buku orang-orang yang celaka
3. Mencatat nama orang yang membacanya dalam daftar buku orang-orang yang bahagia.
Sahabat, alangkah besarnya pahala membaca surat Al-ikhlas, tidak kah sahabat mahu dikurniakan pahala hanya dengan membaca beberapa kali surat Al-ikhlas. Amalkanlah semuga mendapat pahalanya. Amin..
No comments:
Post a Comment