Monday, September 16, 2013

Nabi Yahya A.S



Nabi Yahya adalah anak kepada Nabi Zakaria. Nabi Zakaria sudah berumur 90 tahun dan isterinya tidak boleh melahirkan anak. Pada suatu malam, Nabi Zakaria duduk di mirhab berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan seorang waris untuk mewarisi dirinya dan keluarga Nabi Yaakub. Allah telah memperkenan doa Nabi Zakaria dan Allah makbulkan doanya.

Akhirnya isteri Nabi Zakaria mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Yahya seperti mana firman Allah. Nabi Yahya terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda. Setelah dewasa, Nabi Yahya menjadi seorang yang alim dan soleh. Baginda sangat tekun beribadah siang dan malam sehingga mempengaruhi kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.

Pada zaman Nabi Yahya terdapat seorang raja Bani Israel yang bernama Hirodus. Beliau mencintai anak tirinya yang bernama Hirodia dan merancang untuk mengahwininya. Menurut hukum syariat, perkahwinan itu adalah terlarang.


Nabi Yahya tetap bertegas tidak mahu menghalalkan perkahwinan itu walaupun raja itu mengugut sesiapa yang menghalang pernikahannya akan dibunuh. Lalu baginda ditangkap dan dipenjara. Hirodia tak puas hati dan meminta Hirodus memancung Nabi Yahya dan membawa kepala baginda kepadanya. Akhirnya, Nabi Yahya dipancung dan Allah menurunkan laknat atas diri Hirodia, Hirodus dan Bani Israel seluruhnya.

No comments:

Post a Comment