Sempat Mohon Maaf Dengan IBU
GEORGETOWN - Seorang pelajar maut apabila terjatuh dari parkir kereta di tingkat atas sebuah pasar raya di sini, malam kelmarin.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam kelmarin apabila orang ramai digemparkan bunyi ‘sesuatu’ terjatuh di bawah bangunan pasar raya berkenaan.
“Mangsa, Liew Jing Harn yang berusia 20-an adalah pelajar di sebuah kolej di ibu negara. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke pasar raya berkenaan untuk berjumpa dengan ibunya yang bekerja di situ.
“Mangsa sempat memohon maaf kepada ibunya sebelum ditemui dalam keadaan menyayat hati di bawah pasar raya berkenaan. Mayat mangsa yang cedera parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian,” katanya kepada media, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, empat hari lalu, mangsa dikatakan mengelar tangannya kerana tidak puas hati dengan keputusan peperiksaannya.
Bagaimanapun tindakannya gagal kerana sempat dihalang ibunya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
- Sumber
AABT6 tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment