Wednesday, September 18, 2013

Nabi Zakaria A.S.



Nabi Zakaria tidak dikurniakan anak walaupun setelah berumur 90 tahun. Siang dan malam dia tidak henti berdoa kepada Allah dikurniakan seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israel.

Isterinya Hanna, adalah ibu saudara Maryam. Baginda bertugas memelihara dan mengawasi Maryam (ibu Nabi Isa) yang dianggap sebagai anak kandungnya sendiri.

Rasa cinta dan kasih sayang Nabi Zakaria terhadap Maryam semakin bertambah selepas satu peristiwa yang menandakan Maryam bukan gadis biasa, tetapi adalah wanita pilihan Allah untuk yang berperanan besar kemudian hari.


Setelah memohon kepada Allah agar diberikan zuriat sebagai pengganti pemimpin Bani Israel, Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya.

No comments:

Post a Comment