“Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis. Terima kenyataan atau diam sahajalah,” kata Aziz Bari.
Manipulasi emosi kerana Zahid Hamidi berkeras mayat Chin Peng tidak disemadikan
di Malaysia. Manipulasi emosi kerana Ketua Polis Negara berkata semua sempadan
sedang dikawal ketat bagi memastikan mayat atau abu mayat Chin Peng tidak
diseludup ke ke dalam negara. Seludup senjata untuk tembak orang tak pula
bersungguh begitu!!
Kerajaan juga hilang wibawa sekiranya mereka mungkir janji dengan PKM. Janji yang dimerterai melalui Rundingan Damai Haadyai 1989.
Jadi apa maksud Aziz Bari kerajaan mungkir janji. Antara kandungan utama perjanjian tersebut.
Kerajaan juga hilang wibawa sekiranya mereka mungkir janji dengan PKM. Janji yang dimerterai melalui Rundingan Damai Haadyai 1989.
Jadi apa maksud Aziz Bari kerajaan mungkir janji. Antara kandungan utama perjanjian tersebut.
- PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
- Parti Komunis Malaya dibubarkan.
- Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
- Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
- Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
- Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
- Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
- Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Nampaknya awal-awal lagi kerajaan mungkir dengan
perjanjian tersebut. Seberapa banyak kerajaan mungkir janji kerana permohonan
Chin Peng untuk kembali ditolak. Mati pun masih ditolak, bukan hanya mayat, abu
mayat pun ditolak. Yuen Yuet Leng juga beri ruang maafkan Chin Peng. Rujuk
laporan Yuen Yuet Leng
Chin Peng juga telah berikrar taat setia kepada Yang diPertuan
Agung Malaysia. Namun tak dapat mengotakan ikrarnya menunjukkan taat setia
kerana tak dibenarkan berada di Malaysia.
Sumber
PERINGATAN: AABT6 tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam
laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya
menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment