Kalau di tanya orang pertama cipta talipon semua tahu
alexander graham bell.. cuba tanya orang pertama yang tulis bismillah tau
tak? kalau di tanya oleh anak cucu cicit
nanti takut tekulat-kulat nak menjawab.. jangan ingat malam ini malam jumaat
aja.. haa ini dia dekat bawah ini ingat kan:
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
-----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat
: Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan
Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi
Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As
Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin
Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam
Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah
: Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan
fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin
Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah
binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei
RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin
Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah
bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun
Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar
Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram
Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH. 29. Orang yang pertama digelar
Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad
SAW.
✔ Rugilah Tak SHARE sebab
ianya satu peluang dakwah yang MUDAH. . .jom share !!! sebarkan. . ini pun ilmu
juga. .
No comments:
Post a Comment