Asalnya Hajar pembantu Siti Sarah, isteri pertama Nabi
Ibrahim. Siti Hajar berkulit hitam berasal dari Qibti, Mesir, dayang hadiah
daripada raja Mesir.[1] Mulanya Siti Sarah setuju Siti Hajar berkahwin dengan
Ibrahim kerana dia sendiri tidak dapat beranak (mandul).
Kemudian rasa cemburu timbul melihat Siti Hajar sedang
mengandung. Walaupun Sarah cantik tetapi terasa dikalahkan kerana belum
mengandung. Keretakan rumah tangga berlaku. Oleh itu dia menyarankan suaminya
membawa bekas hambanya itu jauh-jauh. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Sarah
pula mengandung dan mendapat anak lelaki bernama Ishaq.
Dari Syam, Nabi Ibrahim membawa Siti Sarah dengan unta ke
selatan hingga ke tapak kota purba bernama Faran yang kini adalah lokasi
Makkah. Tiada seorang manusia pun ada di situ ketika itu dan ini menimbulkan
rasa bimbang kepada Siti Hajar. Nabi Ibrahim meminta Siti Hajar bertawakal
kerana "Dialah (Allah) yang memerintahkan aku membawamu ke sini".
Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dan kembali ke Palestin. Pada saat genting
kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.
Pada saat inilah munculnya Telaga Zam-Zam. Air zam zam yang
memancut keluar ini menarik perhatian burung-burung. Kafilah Arab juga perasan
dengan kehadiran burung-burung dan pergi ke sana. Akhirnya mereka setuju
menetap di sana dan membangunkan kota.
Tiga belas tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali menemui
isterinya Siti Hajar dan Ismail dan sama-sama membina Baitul Haram yang
berbentuk empat segi. Sebelum ini ia telah dibina oleh Nabi Adam. Setelah itu
Nabi Ibrahim kembali semula ke utara iaitu di Palestin di mana isteri Siti
Sarah dan anaknya Nabi Ishak tinggal.
No comments:
Post a Comment