Nabi Yunus A.S.
Nabi Yunus bin Matta telah diutuskan oleh Allah untuk
berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama Ninawa yang bukan kaumnya
dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka.
Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa
merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya lalu mereka
tidak dapat menerimanya. Ini menyebabkan baginda meninggalkan Ninawa dengan
rasa jengkel dan marah.
Nabi Yunus menumpangi sebuah kapal tetapi kapal yang dinaiki
baginda dilanda ombak besar dan tak dapat dikawal. Pengemudi kapal mengadakan
undian untuk memilih siapa yang akan dibuang dari kapal bagi meringankan muatan
kapal. Nabi Yunus terpilih walaupun setelah tiga kali undian.
Sepeninggalan Nabi Yunus, penduduk Ninawa mulai melihat
tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan
menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka.
Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan
beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon
ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya.
Di dalam laut, Nabi Yunus ditelan oleh ikan Nun. Nabi Yunus
memohon keampunan dari Allah kerana meninggalkan kaum yang diutuskan kepadanya.
Tidak lama kemudian ikan Nun memuntahkan kembali Nabi Yunus ke daratan.
Nabi Yunus diperintahkan supaya kembali ke Ninawa. Sebaik
kembali, Nabi Yunus terkejut dan bersyukur melihat keadaan kaumnya yang sudah
bertaubat dan kembali kepada Allah.
No comments:
Post a Comment