Nabi Ismail merupakan putera Nabi Ibrahim dengan isterinya Siti
Hajar. Nabi Ibrahim meninggalkan baginda dan ibunya di Makkah ketika baginda
masih kecil atas perintah Allah.
Mereka ditinggalkan di suatu lembah yang tandus, tiada
tumbuh-tumbuhan dan minuman. Itulah ujian pertama Nabi Ismail dan ujian itu
berakhir saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga
darinya ibunya minum dan menyusuinya.
Ketika menginjak dewasa, Allah memerintahkan Nabi Ibrahimn
agar mengorbankan Nabi Ismail. Nabi Ismail redha dengan perintah Allah itu.
Ketika Nabi Ismail mahu disembelih, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan
kibas sebagai balasan atas kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ketika Nabi Ismail menjadi dewasa dan mencapai kekuatannya,
Nabi Ibrahim dengan bantuan Nabi Ismail, mendirikan Ka'abah. Ia adalah bangunan
pertama yang didirikan untuk manusia di bumi.
No comments:
Post a Comment