Adab
Berkaitan Masjid
1. Memakai pakaian yang sesuai dan bersih.
2. Memakai wangi-wangian bagi lelaki. Jangan memakan atau
memakai sesuatu benda yang berbau busuk ke dalam masjid .
3. Jika anda memakan bawang atau menghisap rokok, silalah
mencuci mulut atau berwuduk
4. Amalkan pergi ke masjid dalam keadaan berwudhuk.
5. Amalkan membaca doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dalam
perjalanan ke masjid.
6. Berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, walaupun solat
berjemaah sudah bermula.Ikutlah pergerakan imam.Sempurnakan apa yang tertinggal
sesudah imam memberi salam.
7. Beri salam kepada orang yang telah sampai.Jika tiada
orang maka ucapkanlah salam untuk diri sendiri iaitu :
السلام
عَلـَيْنا و عَلَى عِبَادِ
اللهِ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : “ Salam sejahtera dari Allah atas kita dan
sekalian hambaNya yang saleh”.
8. Datanglah ke masjid lebih awal dan membaca doa ke masjid
iaitu :
DOA MENUJU KE MASJID
Diriwayatkan dalam sahih Muslim , dalam sebuah hadith bahawa
Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi s.a.w telah keluar dari rumah Maimunah r.ha
selepas bertahajjud. Untuk ke masjid bersolat Subuh , maka baginda s.a.w telah
membaca doa di bawah :
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا
، وَ فِي
لِسَانِي نُورًا ، وَاجْعَل
فِي سَمْعِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ
فِي بَصَرِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ مِن خَلْفِي نُورًا
، وَمِن إِمَامِي
نُورًا ،
وَاجْعَلْ
مِنْ فَوقِي نُورًا ،
وَمِنْ تَحْتِي نُورًا ،
اَللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya
di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari
belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya
Allah, berilah aku cahaya”.
9. Masuklah dengan kaki kanan dengan membaca doa masuk
masjid iaitu :
DOA MASUK MASJID
Masjid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tempat
sujud.Perkataan ini telah digunakan oleh Allah di beberapa tempat dalam
al-Quran.
أَعُوذُ
بِالله العَظِيمِ ، وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ
وَسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ
الله وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ الله
،
اَللَّهُمَّ
افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Maksudnya : “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung,
pada wajahNya yang mulia dan kekuasaanya yang Qadim(tidak ada permulaannya)
dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam
tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w . Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu
untukku”.
10. Pilihlah saf yang kehadapan.
11. Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Jangan
menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai seperti di muka
pintu.
12. Duduk dengan tenang dan tertib sambil mengadap kiblat.
13. Niatlah iktikaf di masjid.Lafaz niatnya ialah :
نَوَيْتُ
الاعْتِكَافَ فِي هَذَا المَسْجِدِ
للهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana
Allah swt”.
14. Gunakanlah kesempatan ketika berada dalam masjid untuk
membaca al-Quran atau berzikir tetapi janganlah mengganggu orang lain yang sedang
beribadah.
15. Sekiranya solat berjemaah sudah bermula,melangkahlah
dengan tenang,walaupun ketinggalan rakaat.Apa yang terkurang dari imam
sempurnakanlah kemudiannya.
16. Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.
17. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal hal
keduniaan.
18. Dilarang berjual beli dalam masjid.
19. Melangkah keluar dengan kaki kiri, sambil membaca doa
keluar masjid iaitu:
DOA KELUAR MASJID
بِسْمِ
اللهِ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ
،
اللّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
اللّهُمَّ
اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya : “Dengan nama allah semoga selawat dan salam
terlimpahkan kepada Rasulullah, Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu
dengan keutamaanmu. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan yang
terkutuk”.
20. Hadirilah majlis ilmu yang dikendalikan dalam masjid,
dan berilah tumpuan kepadanya, kerana Allah menjanjikan rahmat dan ketenangan
serta pahala bagi yang menghadirinya.
21. Jangan mengambil atau membawa pulang barang barang di
dalam masjid kerana ia adalah harta wakaf untuk kegunaan kaum muslimin dan
muslimat.
No comments:
Post a Comment