PENDAHULUAN
SEJARAH PERMULAAN SOLAT JUMAAT
Dalam hadis-hadis yang shahih banyak dijelaskan, bahawa
permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat pertama kali ialah di
Madinah, dimana setelah Rasulullah sampai di Quba’ dalam perjalanan ke Madinah,
Rasulullah berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda tinggal disitu selama
beberapa hari iaitu dari hari Isnin higga hari Khamis. Dalam masa empat hari
itu baginda telah membina sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin.kemudian
pada hari Jumaat Rasulullah meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat
Jumaat baginda telah sampai ke kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda terus
mengerjakan solat Jumaat di salah satu masjid di dalam sebuah lembah. Maka
itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan Rasulullah SAW di daerah
Madinah. Khutbah Rasulullah yang pertama yang disampaikan ialah mengenai jumlah
orang yang mengikuti solat Jumaat dan mengenai syarat jamaah dalam mendirikan
solat Jumaat. Tambahan lagi, kaum muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat di
mana sahaja dia berada. Sebab dinamakan solat
Jumaat diantaranya ialah dikerjakan pada hari Jumaat. Selain
itu, sesetengah ulama’ berpendapat bahawa dinamakan solat Jumaat kerana pada
hari itu para penduduk berkumpul atau berjamaah. Menurut Al-Allamah Muhammad
Ahmad Syakir pula menegaskan bahawa jemaah itu merupakan suatu tuntutan yang
berdiri sendiri yang bermaksud mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tanpa
ada halangan atau uzur maka ia berdosa. Sementara itu menurut mazhab Imam
Syafi’I berjamaah dalam mengerjakan solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam
syarat sah mendirikan solat Jumaat. Seandainya seseorang meninggalkan atau
tertinggal atau tidak sempat menunaikannya harus menggantinya dengan solat
Zohor. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zohor di
hari Jumaat. Hukumnya ialah fardu Ain, ertinya wajib keatas tiap-tiap lelaki
yang dewasa, yang beragama islam, merdeka dan bermaustatin. Tidak wajib keatas
perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang dalam perjalanan.
Firman Allah SWT ; “hai orang-orang yang beriman, apabila
kamu diseur untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat
Allah dan tinggallah jual beli”. (Al-Jum’ah:9)
Kemudian Raulullah bersabda; “Jumaat itu hak yang wajib
dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjamaah bersama-sama, kecuali
empat macam, hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak, dan orang sakit.” (HR Abu
Daud dan Hakim)
Antara halangan dalam mengerjakan solat Jumaat pula ialah
kerana sakit yang memudaratkan dan hujan iaitu apabila hujan itu menimbulkan
kesukaran seseorang itu hendak ke masjid. Khutbah Jumaat mempunyai rukun dan
syarat. Antara rukun dua khutbah Jumaat ialah mengucap puji-pujian kepada
Allah, selawat keatas Rasulullah SAW, mengucap syahadah, berwasiat atau
memberikan nasihat, membaca ayat Al-Qur’an pada salah satu khutbah, mendoakan
untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua. Antara syarat-syarat dua
khutbah pula ialah hendaklah kedua-dua khutbah itu dimulai sesudah tergelincir
matahari, sewaktu berkhutbah khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan, ksatib
hendaklah duduk di antara dua khutbah, hendaklah bersuara jelas mudah didengari
oleh siding Jumaat, hendaklah berturut-turut(baik rukunnya atau jarak keduanya
mahupun dengan solat), khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis dan khatib
harus menutup aurat. Hikmah mengerjakan solat Jumaat pula ialah dapat mendidik
umat Islam untuk hidup bermasyarakat dengan tertib dan teratur. Selain itu,
solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat
tinggi disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih
sayang sesama umat Islam. Tambahan lagi dapat membangun persatuan kaum muslimin
yang kuat dan dapat memuhasabahkan diri.
HIKMAH HARI JUMAAT
Antara hikmah-hikmah yang terdapat dalam buku ini ialah hari
yang paling utama. Disini terdapat dua hadis yang menyatakan hari Jumaat adalah
hari yang paling utama. Yang pertama, Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan
dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya
terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu
juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk.
Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan
kepadaku.”
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan. “
Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka
seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat
kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi
pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor
biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia
telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu
kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila
imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah
para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang
selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh
apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Hikmah yang kedua yang boleh diperoleh pada hari Jumaat
ialah masa yang mustajab untuk berdoa. Pada hari Jumaat ini adalah masa yang
paling bagus dan mustajab jika kaum Muslimin berdoa dan mengharap sesuatu
daripada Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil
munzir, Rasulullah SAW bersabda: “ Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan labia
besar dari Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan di dalamnya ada lima kelebihan
iaitu, hari Allah menjadikan Nabi Adam as, hari Allah menurunkan Nabi Adam as
ke bumi, hari wafatnya Nabi Adam as, pada hari itu ada saat mustajab, tiada
seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak
meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya kiamat dan tiada
seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi melainkan ia merasa
khuatir(sayang) pada hari Jumaat”
Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah,
Rasulullah ada menyebutkan; “Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari
Jumaat ia berkata. “ Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh
seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon
kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan
kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (HR Bukhari
dan Muslim)
Yang ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang
menerangkan bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah
SWT untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan
barakah. Yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah berfirman: “ Hai
Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim hari
Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis
dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat” Menurut keterangan
Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian.
Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara dari fitnah kubur iaitu orang-orang
yang matinya pada hari atau malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah
kubur. Dalam sebuah hadis ada menyatakan : “Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi
SAW beliau bersabda: Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau
pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR
Tarmizi)
Hikmah yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan
pernikahan. Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah
telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab : Hari
Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan. Kemudian sahabat bertanya
lagi : Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah pun menjawab : Kerana para
anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya
ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti
Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis,
Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan
pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.
AMALAN MALAM JUMAAT
Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita
lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan
janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa
bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di
antara amalan-amalan malam Jumaat yang boleh kita lakukan ialah yang pertama
membaca surah Al-Kahfi. Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam
Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya
kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW; “Dari Abu
Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca
surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua
Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca
surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda
; “ Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia
mendapat pengampunan.” Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW telah
menyebut dalam hadisnya : “ Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun
hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis
baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR
Tarmizi)
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan
selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi.
Diantaranya ialah ;Firman Allah SWT:“ Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat
–Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan
salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah
berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR
Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda : “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah
orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat
kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR
Abu Daud)
Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam
Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12
rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti
berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah
SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam. Imam Syafie
berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri.
Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini
kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri_isteri baginda pada malam-malam
tersebut. Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin,
malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam,lakukan dengan hati yang
gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk
sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas
berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan
setelah berjimak. Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu
bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta
bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat
seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat
sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan
zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan
doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud; “ Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu
qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih)Selain itu
keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan
seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.
AMALAN DI SUBUH JUMAAT
Pada subuh di hari Jumaat kita masih dituntut supaya
memperbanyakkan amal kepada Allah SWT walaupun pada malam hari kita sudah
banyak melakukan amal ibadah kepada Allah SWT. Di antara amalan-amalan yang
boleh kita lakukan pada subuh Jumaat iti ialah yang pertama doa sebelum solat
subuh. “Aku memohon keampunan dari Allah SWT, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup
lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepada-Nya”
Doa ini dibaca sebanyak tiga kali. Semoga Allah mengampuni
dosa-dosa yang ada pada kita seterusnya diri kita terhindar dari perbuatan dosa
kecil mahupun dosa besar. Amalan yang kedua ialah membaca surah As-Sajadah dan
membaca surah Al-Insan. Surahsurah ini diharapkan dapat diamalkan. Amalan yang
ketiga ialah memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat
Jumaat atau solat-solat wajib yang lain maka usahakanlah dengan banyak
mengingat Allah SWT dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Amalan yang
keempat pula berselawat keatas Rasulullah SAW. Terdapat banyak selawat yang
boleh kita amalkan, baik pada hari Jumaat mahupun pada hari-hari yang lain.
Selawat terhadap Rasulullah SAW mempunyai keutamaan atau fadhilat. Antara
selawat yang mempunyai banyak fadhilat ialah selawat yang dapat menghapuskan
dosa selama 80 tahun dimana dilakukan membaca selawat setiap sesudah Ashar pada
hari Jumaat sebanyak 80 kali. Selawatnya ialah ; “ Ya Allah, limpahkanlah
rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”
Selain itu, selawat yang kedua ialah dapat mengangkat darjat
dan kebaikan. Barangsiapa yang membaca selawat yang bermaksud “Ya Allah, wahai
zat yang kekal anugerahnya kepada manusia. Wahai Zat yang membuka tangan yang
luas dengan pemberian. Wahai Zat yang mempunyai pemberian-pemberian yang murni,
limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik
manusia di dalam akhlaknya. Ampunilah aku, wahai Zat yang memiliki keluhuran
pada malam ini.” 10 kali pada malam Jumaat atau siang hari Jumaat, maka Allah
menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan menghapus sejuta dosa daripadanya serta
mengangkat sejuta darjat untuknya. Selawat yang mendapat fadhilat yang ketiga
pula ialah selawat mohon hajat dunia dan akhirat. “Ya Allah, limpahkanlah
rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada ahli keluarga baginda.”
Sesiapa yang membaca selawat ini sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan
mendatangkan kepadanya 100 hajat dimana yang 30 di dunia dan selebihnya di
akhirat. Seterusnya ialah selawat mohon Husnul khatimah. Selawat yang
bermaksud; “ Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamtan atas junjungan kita
Nabi Muhammad dan para keluarga serta sahabat baginda dengan jumlah segala
sesuatu yang ditulis oleh Qalam Tuhan.” Keutamaan selawat ini jika dinbaca 10
kali sesudah solat maghrib akan meninggal dunia(Husnul Khatimah) dengan membawa
kebaikan dan keimanan. Selawat-selawat yang lain yang mempunyai keutamaan dan
fadhilat ialah selawat murah rezeki dan menghindari bahaya. Keutamaannya
apabila membaca selawat ini nescaya akan terhindar dari segala bahaya, serta
memperoleh rezeki dengan mudah. Akhir sekali selwat agar mendapat keampunan
Allah SWT. Dengan membaca selawat ini sebelum duduk maka dosanya sebelum duduk
diampunkan begitu juga jika membaca selawat ini sebelum berdiri maka dosanya
sebelum berdiri diampunkan Allah. Amalan di subuh hari yang seterusnya ialah
memperbanyakkan doa. Pelbagai doa yang boleh kita amalkan sebagai umat Islam
seperti doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat, doa mendapat kenikmatan
(syurga ) Illahi, doa menjauhi gangguan syaitan supaya terlindung dari hasutan
dan godaan syaitan, doa agar diampunkan dosa, doa agar terhindar perkara buruk
seperti fitnah hidup atau fitnah mati dari tekanan hutang mahupun dari gangguan
manusia, doa mohon rahmat dan ampunan Allah, doa terhindar dari segala bencana,
doa meluruskan hati iaitu doa memohon petunjuk, doa memohon ampunan lahir dan
batin, doa mohon perlindungan daripada kemarahan Allah dan doa memenuhi urusan
dunia dan akhirat. Selain itu terdapat banyak lagi doa yang dapat kita amalkan
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Semua itu merupakan rendah hati seorang
hamba terhadap Allah SWT, sehingga segala sesuatu yang ada didunia merupakan
pemberian Allah semata-mata. Oleh itu hanya kepada Allah kita memohon dan
menyerah diri serta mengadu nasib, agar segala sesuatu yang kita hajatkan
dikabulkan Allah SWT.
AMALAN SIANG JUMAAT
Beberapa amalan menjelang solat Jumaat yang patut dilakukan
oleh umat Islam, antaranya ialah melakukan solat sunat Dhuha. Solat sunat dhuha
dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu di antara jam 8.00 pagi sehingga
jam 11.00 pagi dengan jumlah rakaat yang tidak terbatas dari dua rakaat hingga
dua belas rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Selain itu, kita harus
mandi sebelum pergi solat Jumaat untuk menghalang bau yang tidak sedap di
badan. Seterusnya, memakai wangi-wangian. Amalan yang keempat ialah bersegera
ke solat Jumaat. Ini kerana, pergi ke solat Jumaat dengan segera mendapat
pahala yang besar sekali. Yang kelima pula mengerat kuku dan mencukur misai.
Yang keenam doa ketika pergi ke masjid supaya mendpat petunjuk daripada Allah
dan mendapat cahaya keimanan. Yang ketujuh ialah berjalan kaki dan tidak
terburu-buru kerana setiap langkah tanpa berkenderaan mendapat labia banyak
keutamaan dari yang cepat sampai dengan berkenderaan. Amalan yang kelapan ialah
mengamalkan doa masuk masjid pada hari Jumaat untuk memohon rahmat dan petunjuk
daripada Allah SWT. Amalan seterusnya ialah apabila berada di dalam masjid
jangan melangkah tengkuk orang lain iaitu jangan melangkahi tengkuk orang-orang
yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang dihadapan. Yang terakhir ialah
memperbanyakkan berzikir dan berdoa antaranya membaca al-Qur’an, berzikir,
berdoa, dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya gunakan hari
Jumaat dengan benar-benar kusyuk dalam beribadah dan mengharap keampunan dari
Allah SWT dan hindarkan dari membicarakan tentang orang iaitu mengumpat dan
menyakiti hati orang lain kerana pada hari Jumaatlah hari yang boleh kita
manfaatkan untuk memenuhi ibadah selain mendapat pahala yang berlipat kali
ganda berbanding hari-hari yang lain.
Selain itu juga terdapat beberapa amalan selesai solat
Jumaat yang dapat diketahui dan diperaktikkan dalam mencapai kehidupan yang
sempurna. Setelah selesai mengerjakan solat Jumaat, usahakanlah untuk membaca
ayat-ayat al-Qur’an untuk menambah pahala yang besar dari Allah SWT. Antaranya
ialah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tujuh kali. Kemudian membaca surah
Al-Falaq sebanyak tujuh kali, surah An-Nas sebanyak tujuh kali juga. Yang
keempat membaca doa yang mendapat keutamaan sebanyak tiga kali dan jika
bersanggupan sebaik-baiknya 70 kali. Doanya bermaksud ; “ Wahai Tuhanku, wahai
Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha terpuji, wahai Tuhan yang menciptakan sesuatu
dari permulaannya, wahai Tuhan yang mengembalikan hidup sesuatu. Wahai Tuhan
yang Maha Rahim yang Maha Penyayang, limpahkanlah kecukupan kepadaku dengan
barang-barang yang halal hingga aku tidak memerlukan barang yang haram dan
perkayakanlah akan daku dengan keutamaan-Mu dari segala orang yang selain-Mu.”
Amalan yang kelima ialah mengerjakan solat sunat Ba’diah
Jumaat setelah selesai solat Jumaat. Setelah selesai semua yang dinyatakan
diatas bolehlah bertebar mencari rezeki seperti yang dimaksudkan oleh Firman
Allah SWT ;
“ Apabila telah ditunaikan sembahyang maka bertebarlah kamu
di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya
kamu beruntung.”
Oleh itu janganlah menghabiskan masa dengan perkara-perkara
yang tidak mendatangkan faedah pada hari Jumaat kerana pelbagai ibadah yang
dapat kita lakukan pada hari Jumaat seperti yang telah diterangkan sebelum ini
jadi penuhilah ia dengan sebaik-baiknya.
PENUTUP
Nabi Musa as seta pengikutnya memiliki hari yang paling
utama iaitu hari Sabtu manakala Nabi Isa as pula pada hari Ahad. Nabi ibrahim
as pula memiliki hari Isnin sebagai hari keutamaannya. Hari seterusnya iaitu
hari Selasa dimiliki oleh Nabi Zakaria as. Hari Rabu dipegang oleh Nabi Yahya
as sebagai hari keutmaannya. Nabi Adam as pula memiliki hari Khamis dan Allah
SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang paling istimewa untuk Nabi
Muhammad SAW dan umatnya iaitu umat Islam pada masa sekarang kerana pada hari
ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.
Pada hari Jumaat Allah SWT telah meletakkan kelebihan yang
tidak terhingga. Pada hari inilah terciptanya Nabi Adam as, turunnya Nabi Adam
as ke bumi serta hari wafat baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya
kiamat. Hari Jumaat adalah hari yang paling besar disisi Allah SWT, bahkan
lebih besar dari Hari Raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam
dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang
doa insan terhadap Illahi yang berkemungkinan akan dimakbulkan selagi tidak
meminta yang tidak sepatutnya. Pada hari Jumaatlah hari yang harus kita penuhi
dengan sebaik-baiknya dengan beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, manfaatkan
hari Jumaat yang akan datang dengan pelbagai amal ibadah yang boleh kita
lakukan selagi kita mampu mengerjakannya.
No comments:
Post a Comment