Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak
gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri
je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan
suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak" Muin
: "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas
isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal
budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena
belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam
kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang
lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat
layan suami je" "Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua
urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan
mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar
betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak,
suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke,
lembu ke." "Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah
anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri.
Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan
makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib
sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu
ke mulut isterinya" "Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi
masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?" "Suami tak
wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan
nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri
la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan
duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar
macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan
berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa
tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu
baik" "Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik.
Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan
anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan
Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa.
Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan
suami itu sendiri" "Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya
pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat
Allah"
Muin : "Ooooo,
baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang
kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun
tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan
suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri
pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la
membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan
dapat dosa" "Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan
mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat
kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
Wallahualam
No comments:
Post a Comment