Monday, October 28, 2013

Si Luncai Dengan Labu-labunya



Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.

Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”


Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”


Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”

Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”

“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.

Thursday, October 24, 2013

Persediaan ke masjid dan Peringatan sebelum solat Jumaat



Adab Berkaitan Masjid

1. Memakai pakaian yang sesuai dan bersih.
2. Memakai wangi-wangian bagi lelaki. Jangan memakan atau memakai sesuatu benda yang berbau busuk ke dalam masjid .
3. Jika anda memakan bawang atau menghisap rokok, silalah mencuci mulut atau berwuduk
4. Amalkan pergi ke masjid dalam keadaan berwudhuk.
5. Amalkan membaca doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dalam perjalanan ke masjid.
6. Berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, walaupun solat berjemaah sudah bermula.Ikutlah pergerakan imam.Sempurnakan apa yang tertinggal sesudah imam memberi salam.
7. Beri salam kepada orang yang telah sampai.Jika tiada orang maka ucapkanlah salam untuk diri sendiri iaitu :
السلام عَلـَيْنا و عَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : “ Salam sejahtera dari Allah atas kita dan sekalian hambaNya yang saleh”.
8. Datanglah ke masjid lebih awal dan membaca doa ke masjid iaitu :

DOA MENUJU KE MASJID

Diriwayatkan dalam sahih Muslim , dalam sebuah hadith bahawa Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi s.a.w telah keluar dari rumah Maimunah r.ha selepas bertahajjud. Untuk ke masjid bersolat Subuh , maka baginda s.a.w telah membaca doa di bawah :

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا ، وَ فِي لِسَانِي نُورًا ، وَاجْعَل فِي سَمْعِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا ، وَاجْعَلْ مِن خَلْفِي نُورًا ، وَمِن إِمَامِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ مِنْ فَوقِي نُورًا ، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا ، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya”.

9. Masuklah dengan kaki kanan dengan membaca doa masuk masjid iaitu :

DOA MASUK MASJID
Masjid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tempat sujud.Perkataan ini telah digunakan oleh Allah di beberapa tempat dalam al-Quran.

أَعُوذُ بِالله العَظِيمِ ، وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ الله وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ الله ،
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Maksudnya : “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, pada wajahNya yang mulia dan kekuasaanya yang Qadim(tidak ada permulaannya) dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w . Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku”.

10. Pilihlah saf yang kehadapan.
11. Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai seperti di muka pintu.
12. Duduk dengan tenang dan tertib sambil mengadap kiblat.
13. Niatlah iktikaf di masjid.Lafaz niatnya ialah :
نَوَيْتُ الاعْتِكَافَ فِي هَذَا المَسْجِدِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah swt”.
14. Gunakanlah kesempatan ketika berada dalam masjid untuk membaca al-Quran atau berzikir tetapi janganlah mengganggu orang lain yang sedang beribadah.
15. Sekiranya solat berjemaah sudah bermula,melangkahlah dengan tenang,walaupun ketinggalan rakaat.Apa yang terkurang dari imam sempurnakanlah kemudiannya.
16. Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.
17. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal hal keduniaan.
18. Dilarang berjual beli dalam masjid.
19. Melangkah keluar dengan kaki kiri, sambil membaca doa keluar masjid iaitu:


DOA KELUAR MASJID

بِسْمِ اللهِ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ ،
اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
اللّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya : “Dengan nama allah semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Rasulullah, Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan yang terkutuk”.

20. Hadirilah majlis ilmu yang dikendalikan dalam masjid, dan berilah tumpuan kepadanya, kerana Allah menjanjikan rahmat dan ketenangan serta pahala bagi yang menghadirinya.

21. Jangan mengambil atau membawa pulang barang barang di dalam masjid kerana ia adalah harta wakaf untuk kegunaan kaum muslimin dan muslimat.

Wednesday, October 23, 2013

Kelebihan Malam & Hari Jumaat Serta Amalannya

PENDAHULUAN

SEJARAH PERMULAAN SOLAT JUMAAT

Dalam hadis-hadis yang shahih banyak dijelaskan, bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat pertama kali ialah di Madinah, dimana setelah Rasulullah sampai di Quba’ dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda tinggal disitu selama beberapa hari iaitu dari hari Isnin higga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda telah membina sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin.kemudian pada hari Jumaat Rasulullah meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda terus mengerjakan solat Jumaat di salah satu masjid di dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang dilaksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. Khutbah Rasulullah yang pertama yang disampaikan ialah mengenai jumlah orang yang mengikuti solat Jumaat dan mengenai syarat jamaah dalam mendirikan solat Jumaat. Tambahan lagi, kaum muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat di mana sahaja dia berada. Sebab dinamakan solat
Jumaat diantaranya ialah dikerjakan pada hari Jumaat. Selain itu, sesetengah ulama’ berpendapat bahawa dinamakan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjamaah. Menurut Al-Allamah Muhammad Ahmad Syakir pula menegaskan bahawa jemaah itu merupakan suatu tuntutan yang berdiri sendiri yang bermaksud mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tanpa ada halangan atau uzur maka ia berdosa. Sementara itu menurut mazhab Imam Syafi’I berjamaah dalam mengerjakan solat Jumaat itu wajib dan termasuk dalam syarat sah mendirikan solat Jumaat. Seandainya seseorang meninggalkan atau tertinggal atau tidak sempat menunaikannya harus menggantinya dengan solat Zohor. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat sesudah khutbah pada waktu Zohor di hari Jumaat. Hukumnya ialah fardu Ain, ertinya wajib keatas tiap-tiap lelaki yang dewasa, yang beragama islam, merdeka dan bermaustatin. Tidak wajib keatas perempuan, kanak-kanak, hamba sahaya dan orang yang sedang dalam perjalanan.

Firman Allah SWT ; “hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseur untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingat Allah dan tinggallah jual beli”. (Al-Jum’ah:9)

Kemudian Raulullah bersabda; “Jumaat itu hak yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjamaah bersama-sama, kecuali empat macam, hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak, dan orang sakit.” (HR Abu Daud dan Hakim)

Antara halangan dalam mengerjakan solat Jumaat pula ialah kerana sakit yang memudaratkan dan hujan iaitu apabila hujan itu menimbulkan kesukaran seseorang itu hendak ke masjid. Khutbah Jumaat mempunyai rukun dan syarat. Antara rukun dua khutbah Jumaat ialah mengucap puji-pujian kepada Allah, selawat keatas Rasulullah SAW, mengucap syahadah, berwasiat atau memberikan nasihat, membaca ayat Al-Qur’an pada salah satu khutbah, mendoakan untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua. Antara syarat-syarat dua khutbah pula ialah hendaklah kedua-dua khutbah itu dimulai sesudah tergelincir matahari, sewaktu berkhutbah khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan, ksatib hendaklah duduk di antara dua khutbah, hendaklah bersuara jelas mudah didengari oleh siding Jumaat, hendaklah berturut-turut(baik rukunnya atau jarak keduanya mahupun dengan solat), khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis dan khatib harus menutup aurat. Hikmah mengerjakan solat Jumaat pula ialah dapat mendidik umat Islam untuk hidup bermasyarakat dengan tertib dan teratur. Selain itu, solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat tinggi disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. Tambahan lagi dapat membangun persatuan kaum muslimin yang kuat dan dapat memuhasabahkan diri.

HIKMAH HARI JUMAAT

Antara hikmah-hikmah yang terdapat dalam buku ini ialah hari yang paling utama. Disini terdapat dua hadis yang menyatakan hari Jumaat adalah hari yang paling utama. Yang pertama, Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : “sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan. “ Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Hikmah yang kedua yang boleh diperoleh pada hari Jumaat ialah masa yang mustajab untuk berdoa. Pada hari Jumaat ini adalah masa yang paling bagus dan mustajab jika kaum Muslimin berdoa dan mengharap sesuatu daripada Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil munzir, Rasulullah SAW bersabda: “ Hari Jumaat besar di sisi Allah, bahkan labia besar dari Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan di dalamnya ada lima kelebihan iaitu, hari Allah menjadikan Nabi Adam as, hari Allah menurunkan Nabi Adam as ke bumi, hari wafatnya Nabi Adam as, pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi melainkan ia merasa khuatir(sayang) pada hari Jumaat”

Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah, Rasulullah ada menyebutkan; “Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. “ Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Yang ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang menerangkan bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan barakah. Yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah berfirman: “ Hai Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat” Menurut keterangan Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara dari fitnah kubur iaitu orang-orang yang matinya pada hari atau malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis ada menyatakan : “Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi SAW beliau bersabda: Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)

Hikmah yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan pernikahan. Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab : Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan. Kemudian sahabat bertanya lagi : Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah pun menjawab : Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.

AMALAN MALAM JUMAAT
Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat yang boleh kita lakukan ialah yang pertama membaca surah Al-Kahfi. Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW; “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ; “ Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.” Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW telah menyebut dalam hadisnya : “ Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)

Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah ;Firman Allah SWT:“ Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda : “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)

Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam. Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri_isteri baginda pada malam-malam tersebut. Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam,lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak. Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; “ Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih)Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

AMALAN DI SUBUH JUMAAT

Pada subuh di hari Jumaat kita masih dituntut supaya memperbanyakkan amal kepada Allah SWT walaupun pada malam hari kita sudah banyak melakukan amal ibadah kepada Allah SWT. Di antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada subuh Jumaat iti ialah yang pertama doa sebelum solat subuh. “Aku memohon keampunan dari Allah SWT, tiada Tuhan selain Dia yang Hidup lagi yang Berdiri dengan Sendirinya, aku bertaubat kepada-Nya”

Doa ini dibaca sebanyak tiga kali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang ada pada kita seterusnya diri kita terhindar dari perbuatan dosa kecil mahupun dosa besar. Amalan yang kedua ialah membaca surah As-Sajadah dan membaca surah Al-Insan. Surahsurah ini diharapkan dapat diamalkan. Amalan yang ketiga ialah memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Setelah mengerjakan solat Jumaat atau solat-solat wajib yang lain maka usahakanlah dengan banyak mengingat Allah SWT dengan berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Amalan yang keempat pula berselawat keatas Rasulullah SAW. Terdapat banyak selawat yang boleh kita amalkan, baik pada hari Jumaat mahupun pada hari-hari yang lain. Selawat terhadap Rasulullah SAW mempunyai keutamaan atau fadhilat. Antara selawat yang mempunyai banyak fadhilat ialah selawat yang dapat menghapuskan dosa selama 80 tahun dimana dilakukan membaca selawat setiap sesudah Ashar pada hari Jumaat sebanyak 80 kali. Selawatnya ialah ; “ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”

Selain itu, selawat yang kedua ialah dapat mengangkat darjat dan kebaikan. Barangsiapa yang membaca selawat yang bermaksud “Ya Allah, wahai zat yang kekal anugerahnya kepada manusia. Wahai Zat yang membuka tangan yang luas dengan pemberian. Wahai Zat yang mempunyai pemberian-pemberian yang murni, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia di dalam akhlaknya. Ampunilah aku, wahai Zat yang memiliki keluhuran pada malam ini.” 10 kali pada malam Jumaat atau siang hari Jumaat, maka Allah menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan menghapus sejuta dosa daripadanya serta mengangkat sejuta darjat untuknya. Selawat yang mendapat fadhilat yang ketiga pula ialah selawat mohon hajat dunia dan akhirat. “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada ahli keluarga baginda.” Sesiapa yang membaca selawat ini sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan mendatangkan kepadanya 100 hajat dimana yang 30 di dunia dan selebihnya di akhirat. Seterusnya ialah selawat mohon Husnul khatimah. Selawat yang bermaksud; “ Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamtan atas junjungan kita Nabi Muhammad dan para keluarga serta sahabat baginda dengan jumlah segala sesuatu yang ditulis oleh Qalam Tuhan.” Keutamaan selawat ini jika dinbaca 10 kali sesudah solat maghrib akan meninggal dunia(Husnul Khatimah) dengan membawa kebaikan dan keimanan. Selawat-selawat yang lain yang mempunyai keutamaan dan fadhilat ialah selawat murah rezeki dan menghindari bahaya. Keutamaannya apabila membaca selawat ini nescaya akan terhindar dari segala bahaya, serta memperoleh rezeki dengan mudah. Akhir sekali selwat agar mendapat keampunan Allah SWT. Dengan membaca selawat ini sebelum duduk maka dosanya sebelum duduk diampunkan begitu juga jika membaca selawat ini sebelum berdiri maka dosanya sebelum berdiri diampunkan Allah. Amalan di subuh hari yang seterusnya ialah memperbanyakkan doa. Pelbagai doa yang boleh kita amalkan sebagai umat Islam seperti doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat, doa mendapat kenikmatan (syurga ) Illahi, doa menjauhi gangguan syaitan supaya terlindung dari hasutan dan godaan syaitan, doa agar diampunkan dosa, doa agar terhindar perkara buruk seperti fitnah hidup atau fitnah mati dari tekanan hutang mahupun dari gangguan manusia, doa mohon rahmat dan ampunan Allah, doa terhindar dari segala bencana, doa meluruskan hati iaitu doa memohon petunjuk, doa memohon ampunan lahir dan batin, doa mohon perlindungan daripada kemarahan Allah dan doa memenuhi urusan dunia dan akhirat. Selain itu terdapat banyak lagi doa yang dapat kita amalkan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Semua itu merupakan rendah hati seorang hamba terhadap Allah SWT, sehingga segala sesuatu yang ada didunia merupakan pemberian Allah semata-mata. Oleh itu hanya kepada Allah kita memohon dan menyerah diri serta mengadu nasib, agar segala sesuatu yang kita hajatkan dikabulkan Allah SWT.

AMALAN SIANG JUMAAT

Beberapa amalan menjelang solat Jumaat yang patut dilakukan oleh umat Islam, antaranya ialah melakukan solat sunat Dhuha. Solat sunat dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu di antara jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi dengan jumlah rakaat yang tidak terbatas dari dua rakaat hingga dua belas rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Selain itu, kita harus mandi sebelum pergi solat Jumaat untuk menghalang bau yang tidak sedap di badan. Seterusnya, memakai wangi-wangian. Amalan yang keempat ialah bersegera ke solat Jumaat. Ini kerana, pergi ke solat Jumaat dengan segera mendapat pahala yang besar sekali. Yang kelima pula mengerat kuku dan mencukur misai. Yang keenam doa ketika pergi ke masjid supaya mendpat petunjuk daripada Allah dan mendapat cahaya keimanan. Yang ketujuh ialah berjalan kaki dan tidak terburu-buru kerana setiap langkah tanpa berkenderaan mendapat labia banyak keutamaan dari yang cepat sampai dengan berkenderaan. Amalan yang kelapan ialah mengamalkan doa masuk masjid pada hari Jumaat untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Amalan seterusnya ialah apabila berada di dalam masjid jangan melangkah tengkuk orang lain iaitu jangan melangkahi tengkuk orang-orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang dihadapan. Yang terakhir ialah memperbanyakkan berzikir dan berdoa antaranya membaca al-Qur’an, berzikir, berdoa, dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya gunakan hari Jumaat dengan benar-benar kusyuk dalam beribadah dan mengharap keampunan dari Allah SWT dan hindarkan dari membicarakan tentang orang iaitu mengumpat dan menyakiti hati orang lain kerana pada hari Jumaatlah hari yang boleh kita manfaatkan untuk memenuhi ibadah selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda berbanding hari-hari yang lain.
Selain itu juga terdapat beberapa amalan selesai solat Jumaat yang dapat diketahui dan diperaktikkan dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Setelah selesai mengerjakan solat Jumaat, usahakanlah untuk membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk menambah pahala yang besar dari Allah SWT. Antaranya ialah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tujuh kali. Kemudian membaca surah Al-Falaq sebanyak tujuh kali, surah An-Nas sebanyak tujuh kali juga. Yang keempat membaca doa yang mendapat keutamaan sebanyak tiga kali dan jika bersanggupan sebaik-baiknya 70 kali. Doanya bermaksud ; “ Wahai Tuhanku, wahai Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha terpuji, wahai Tuhan yang menciptakan sesuatu dari permulaannya, wahai Tuhan yang mengembalikan hidup sesuatu. Wahai Tuhan yang Maha Rahim yang Maha Penyayang, limpahkanlah kecukupan kepadaku dengan barang-barang yang halal hingga aku tidak memerlukan barang yang haram dan perkayakanlah akan daku dengan keutamaan-Mu dari segala orang yang selain-Mu.”

Amalan yang kelima ialah mengerjakan solat sunat Ba’diah Jumaat setelah selesai solat Jumaat. Setelah selesai semua yang dinyatakan diatas bolehlah bertebar mencari rezeki seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT ;
“ Apabila telah ditunaikan sembahyang maka bertebarlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”

Oleh itu janganlah menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada hari Jumaat kerana pelbagai ibadah yang dapat kita lakukan pada hari Jumaat seperti yang telah diterangkan sebelum ini jadi penuhilah ia dengan sebaik-baiknya.

PENUTUP
Nabi Musa as seta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu manakala Nabi Isa as pula pada hari Ahad. Nabi ibrahim as pula memiliki hari Isnin sebagai hari keutamaannya. Hari seterusnya iaitu hari Selasa dimiliki oleh Nabi Zakaria as. Hari Rabu dipegang oleh Nabi Yahya as sebagai hari keutmaannya. Nabi Adam as pula memiliki hari Khamis dan Allah SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya iaitu umat Islam pada masa sekarang kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.


Pada hari Jumaat Allah SWT telah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari inilah terciptanya Nabi Adam as, turunnya Nabi Adam as ke bumi serta hari wafat baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat adalah hari yang paling besar disisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Illahi yang berkemungkinan akan dimakbulkan selagi tidak meminta yang tidak sepatutnya. Pada hari Jumaatlah hari yang harus kita penuhi dengan sebaik-baiknya dengan beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, manfaatkan hari Jumaat yang akan datang dengan pelbagai amal ibadah yang boleh kita lakukan selagi kita mampu mengerjakannya.

Tuesday, October 22, 2013

Kisah buat suami biar reti bahasa sikit...



Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak" Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je" "Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke." "Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."




Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun" "Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya" "Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?" "Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik" "Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri" "Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"
 Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa" "Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....." Wallahualam

Monday, October 14, 2013

Siti Hajar



Asalnya Hajar pembantu Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim. Siti Hajar berkulit hitam berasal dari Qibti, Mesir, dayang hadiah daripada raja Mesir.[1] Mulanya Siti Sarah setuju Siti Hajar berkahwin dengan Ibrahim kerana dia sendiri tidak dapat beranak (mandul).

Kemudian rasa cemburu timbul melihat Siti Hajar sedang mengandung. Walaupun Sarah cantik tetapi terasa dikalahkan kerana belum mengandung. Keretakan rumah tangga berlaku. Oleh itu dia menyarankan suaminya membawa bekas hambanya itu jauh-jauh. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Sarah pula mengandung dan mendapat anak lelaki bernama Ishaq.



Dari Syam, Nabi Ibrahim membawa Siti Sarah dengan unta ke selatan hingga ke tapak kota purba bernama Faran yang kini adalah lokasi Makkah. Tiada seorang manusia pun ada di situ ketika itu dan ini menimbulkan rasa bimbang kepada Siti Hajar. Nabi Ibrahim meminta Siti Hajar bertawakal kerana "Dialah (Allah) yang memerintahkan aku membawamu ke sini". Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dan kembali ke Palestin. Pada saat genting kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.

Pada saat inilah munculnya Telaga Zam-Zam. Air zam zam yang memancut keluar ini menarik perhatian burung-burung. Kafilah Arab juga perasan dengan kehadiran burung-burung dan pergi ke sana. Akhirnya mereka setuju menetap di sana dan membangunkan kota.

Tiga belas tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali menemui isterinya Siti Hajar dan Ismail dan sama-sama membina Baitul Haram yang berbentuk empat segi. Sebelum ini ia telah dibina oleh Nabi Adam. Setelah itu Nabi Ibrahim kembali semula ke utara iaitu di Palestin di mana isteri Siti Sarah dan anaknya Nabi Ishak tinggal.

Nabi Ismail A S




Nabi Ismail merupakan putera Nabi Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim meninggalkan baginda dan ibunya di Makkah ketika baginda masih kecil atas perintah Allah.


Mereka ditinggalkan di suatu lembah yang tandus, tiada tumbuh-tumbuhan dan minuman. Itulah ujian pertama Nabi Ismail dan ujian itu berakhir saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga darinya ibunya minum dan menyusuinya.


Ketika menginjak dewasa, Allah memerintahkan Nabi Ibrahimn agar mengorbankan Nabi Ismail. Nabi Ismail redha dengan perintah Allah itu. Ketika Nabi Ismail mahu disembelih, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas sebagai balasan atas kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ketika Nabi Ismail menjadi dewasa dan mencapai kekuatannya, Nabi Ibrahim dengan bantuan Nabi Ismail, mendirikan Ka'abah. Ia adalah bangunan pertama yang didirikan untuk manusia di bumi.

Wednesday, October 9, 2013

50 Tanda-Tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Quran Dan Sunnah



1. Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2 .Lupa Kepada Allah s.w.t
3. Melalaikan Solat Fardhu
4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
 6. Meninggalkan Solat Jumaat
7. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10. Mengamalkan Riak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir Janji
14. Bakhil
15. Fitnah


16. Mencaci Maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19. Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20. Mempersenda Kesucian Agama
21. Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22. Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguh Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam JualBeli
26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa


31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34. Bermuka Dua
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36. Sombong Di Antara Sesama Manusia
37. Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianati Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturrahim
44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45. Menghalalkan Perkara Yang Haram
46. Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.


Rujukan

1.Al-Quran Al-Karim
2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri
3.Al-Kabir,Imam Syamsuddin Az-Zahabi
4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali
5.Jamius Sahih,Imam Bukhari dan Imam Muslim
6.Sahih Muslim,Imam Muslim
7.Tafsir Al-Quran Karim,Prof.Dr.Mahmud Yunus.



Nabi Yunus A.S.



Nabi Yunus A.S.

Nabi Yunus bin Matta telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama Ninawa yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka.

Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya lalu mereka tidak dapat menerimanya. Ini menyebabkan baginda meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah.


Nabi Yunus menumpangi sebuah kapal tetapi kapal yang dinaiki baginda dilanda ombak besar dan tak dapat dikawal. Pengemudi kapal mengadakan undian untuk memilih siapa yang akan dibuang dari kapal bagi meringankan muatan kapal. Nabi Yunus terpilih walaupun setelah tiga kali undian.


Sepeninggalan Nabi Yunus, penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka.

Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya.

Di dalam laut, Nabi Yunus ditelan oleh ikan Nun. Nabi Yunus memohon keampunan dari Allah kerana meninggalkan kaum yang diutuskan kepadanya. Tidak lama kemudian ikan Nun memuntahkan kembali Nabi Yunus ke daratan.


Nabi Yunus diperintahkan supaya kembali ke Ninawa. Sebaik kembali, Nabi Yunus terkejut dan bersyukur melihat keadaan kaumnya yang sudah bertaubat dan kembali kepada Allah.


Thursday, October 3, 2013

Kisah sebenar Black Hawk Down

black hawk down


Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia.

Insiden itu dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu.

"Gambaran yang salah itu akan dibetulkan dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik peristiwa itu," katanya.

Misi menyelamat yang dijalankan bersama Renjer Amerika Syarikat dan komando Delta Forces mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuk Korporal Mat Aznan manakala sembilan lagi tentera Malaysia cedera.

Biarpun begitu, keberanian pasukan ’19 Melayu Diraja Mekanise’ itu hampir tidak dipedulikan dan diremehkan oleh media antarabangsa seolah-olah tentera Malaysia tidak memainkan peranan penting atau malah bukan sebahagian daripada misi itu.

Malah, peranan tentera Malaysia semasa insiden itu yang menyaksikan militia Somali menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk langsung tidak ditonjolkan dalam filem Black Hawk Down yang terbit pada 2001. Hal itu mengecewakan hati tentera Malaysia.

Md Rozi ketika itu merupakan Timbalan Komander bagi batalion Malaysia. Umurnya 42 tahun ketika beliau sama-sama mengepalai pasukan tentera Malaysia mengharungi jalan raya di Mogadishu memburu hulubalang Somali, Mohamed Farrah Aidid dan konco-konconya.

Menurut Md. Rozi, pasukannya yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap.





Oleh kerana gambaran yang tidak adil dalam filem tersebut, Md. Rozi menulis sebuah buku tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau juga kemudiannya bertemu dengan pengarah dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad untuk menerbitkan sebuah dokumentari bagi menceritakan kisah yang tidak diketahui oleh dunia itu.

Ahmad Yazid berkata, beliau berminat dengan kisah tersebut dan setuju untuk menerbitkan dokumentari berkenaan.



“Saya menghasilkan dokumentari ini untuk tayangan di pawagam. Ia akan jadi filem dokumentari pertama yang akan ditayangkan di pawagam di negara ini.

“Saya juga berjaya mendapatkan produser filem dan televisyen Britain, John Smithson untuk jadi produser eksekutif.

“Kalau semuanya berjalan lancar, dokumentari itu akan masuk panggung akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.

Smithson beberapa tahun lalu terlibat menerbitkan filem Hollywood, 127 Hours, yang diarahkan oleh Danny Boyle.

Pada 1993, kebuluran dan perang saudara mencengkam Somalia menyebabkan lebih 300,000 rakyatnya terbunuh dan menggerakkan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu ke negara itu.

Pada 3 Oktober 1993, tentera Amerika menyusun sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota-anggotanya serta tentera pengaman PBB termasuk Malaysia.

Selama 12 jam, mereka bertempur menuju ke Pasar Bakara dan berjaya menyelamatkan lebih 70 renjer Amerika yang terkepung.

Ini kisah keberanian itu.



Berita mula diterbitkan pada: Oktober 03, 2013 08:16 (MYT)
Tag: Black Hawk Down, Hollywood, Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia, Amerika Syarikat, filem, Somalia

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW



ISI KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
“Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,
Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia,
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah!
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”
_________________________________________________________________________________________
Padang Arafah.
Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’,
Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya Al-Qaswah,
lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah.
Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar.
Apakah yang ingin disampaikan baginda?
Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya.
Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia!
Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
Ingatlah!
Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan.
Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
Wahai manusia!
Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.”
Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata,
“Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali.
Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah.
Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempurnaan agama Islam.
“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu,
dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu.” (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis. Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.