Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember
1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim
di England pada 15 Oktober 1930 dan menukar namanya kepada Helen binti
Abdullah.
Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah
ditabalkan sebagai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan wanita barat
pertama ditabalkan menjadi Sultanah.
Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah
isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir
Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang
terkaya di dunia ketika itu.
Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami
pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi
kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke
Britain.
Sultan Ibrahim sangat pemurah. Baginda pernah menghadiahkan
sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang
tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli.
Apabila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda
untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama
'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda
dengan Helen semakin mesra.
Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 15 Oktober 1930.
Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim.
Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima,
wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem
kenang-kenangan.
Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah
berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada
hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka. Dikatakan bahawa
koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.
Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum
berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce
di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku
kepadanya.
Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba
menyelongkar kembali kisah hidupnya. Walaupun begitu, tidak banyak yang
diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di
Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor.
Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal
dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing
home) di Surrey
- Sumber
No comments:
Post a Comment