Sekadara berpesan-pesan untuk diri Tuk Man sendiri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh..
Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke
dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai
Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari
nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut
wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di
dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan
pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika
Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul
maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur
:
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit
sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat
gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu
Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan
di azab sangat pedih di neraka.
Hadith Mengenai Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka
pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia
kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya.
Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka
ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat
Tabrani, sanad shahih)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian
di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan
solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan
kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)
Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang
meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang
telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi
masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy
Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik
(melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat,
nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
No comments:
Post a Comment